Thursday, October 11, 2018

Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018

Selepas menyatuni Hari Sukan Negara JUPEM Johor, Kak Ida gagahkan diri untuk berjalan kaki ke Persada Johor bagi menyatuni Sambutan Hari Penglihatan Sedunia 2018.

Alang-alang berjalan kan, boleh juga mencukupkan kuota 15km untuk #Virtual Walk SBF2018. 

Kenapa Kak Ida kesini adalah kerana untuk melakukan pemeriksaan mata secara percuma sekurang-kurangnya sekali bagi memastikan Kak Ida mendapat rawatan susulan jika mempunyai masalah mata.


Menariknya pada sambutan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 ini ada disediakan Pameran Poster yang menyentuh tentang penyakit mata seperti Retinopati diabetes (penyakit mata diabetes), glaukoma (gangguan mata disebabkan tekanan intraokular tinggi dan juga pemakaian kanta lekap.






Selain itu juga, Kak Ida berpeluang untuk membuat saringan pemeriksan kesihatan secara percuma dari KPJ dan Foot Test. Pertama kali Kak Ida mencuba pemeriksaan ini bagi mengetahui jenis kasut yang sesuai untuk kita.


Ketika membuat Foot Test, kita kena membuka kasut dan stokin. Kemudian, tekapkan kaki pada bedak untuk mengetahui jenis tapak kaki sama ada high, normal atau rata (flat).


Kaki Kak Ida adalah jenis flat. Bila kita sudah mengetahui kaki jenis apa, secara tidak langsung kita akan mengetahui kasut sukan yang sesuai dengan kaki kita. 

Ini adalah bagi mengelakkan pemilihan kasut sukan yang salah.


Pemeriksaan kesihatan kak Ida juga berada di tahap yang baik. Alhamdulillah.

Kita juga boleh menjemput AVIS bagi Program Saringan Penglihatan Pra Sekolah. Menarik kan? 



Sejujurnya, pemeriksaan saringan mata paling paling paling menarik perhatian Kak Ida disini. 

Sebelum membuat pemeriksaan saringan mata, kita perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu bagi mengetahui tahap kesihatan kita sama ada mempunyai sejarah penyakit seperti diabetes, asma, kolestrol, darah tinggi atau rendah, sentiasa sakit kepala (migrain) atau rabun jauh melebihi > 500.


Disitu ada disediakan lima stesen. 

Seksyen kedua adalah bagi pemeriksaan tahap penglihatan mata kiri dan kanan. Kak Ida perlu memegang peralatan mata dan menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan oleh petugas disitu. 

Stesen ketiga adalah saringan penyakit mata diabetik dan glaukoma menggunakan alatan mesin terkini. Memang canggih peralatan yang digunakan. 


Stesen  keempat adalah perkhidmatan rundingan konsultasi (diagnosis). Alhamdulillah, Kak Ida tiada masalah penglihatan yang serius.

Tetapi, jika kita ada masalah penglihatan, kes akan dirujuk ke seksyen lima untuk pemeriksaan lanjut di hospital.

Jadi, pada sahabat blogger Kak Ida, jangan lupa untuk datang beramai-ramai ke Sambutan Hari Penglihatan Sedunia Peringkat Kebangsaan 2018 sehingga jam 4.00 petang ini.

Sayangi mata kita.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my