Saturday, August 11, 2018

Jalan jalan Langkawi | Lib Utara Enterprise

Sejujurnya, ini tidak termasuk dalam ittenary ke Langkawi. Hahaha

Cuma, malam sebelumnya mama ada bertanya dimana tempat untuk membeli ikan bilis mata biru di Langkawi.

Ha? terkebil-kebil mata Kak Ida dibuatnya sekejap. Mujur ada carian Google. Hahaha

Syukur, tempat ini mudah untuk dicari. Tidak jauh dari penginapan. Oh ya, nama kedai ini adalah Lib Utara Enterprise. Kedai ini terletak di Kuah. Kedai ini banyak menawarkan pelbagai jenis ikan bilis, keropok, udang kering, ikan kering dan macam-macam lagi dengan harga yang cukup murah berbanding ditempat lain.


Kedai ini terletak paling hujung. Bukan berhadapan dengan Restoran Ali (kedai mamak) ya.

Seawal jam 9.00 pagi Kak Ida sudah terpacak disini. Jadi, kita boleh memilih tanpa perlu berebut-rebut. Layanan tuan kedai pun sangatlah awesome.




Allahu, jumpa juga gajus kiriman si dia. Ada tiga pilihan gajus sama ada mahu digoreng, dipanggang atau dibakar.

Pilihan Kak Ida adalah gajus yang digoreng.

RM 25.80 untuk bungkusan 500g. Sedap weh gajus, rangup sungguh.




Ramai yang bagitahu, ikan bilis di sini lebih sedap dari Pangkor. Pilih sahaya mengikut bajet kita. 



Sotong kering. Sedap dimasak sambal kata mama. Betul eh?



Alhamdulillah, jumlah pembelian Kak Ida RM 81.00 disini. Murah kan harganya? Jadi, jangan lupa untuk singgah ke sini jika anda ke Langkawi. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...