Friday, August 7, 2015

Catatan kehidupan | 07 Ogos 2015

Malam ni singgah satu persoalan di inbox. Seorang ibu meluahkan rasa, melepaskan tekanan.


Sejujurnya, kita kadang-kala hilang sifat empati dan simpati.

Contoh yang jelas jika anak kita tantrum di tengah-tengah khalayak manusia, ada ibu lain yang memandang kita seolah-olah tidak tahu menjaga anak! Mujur la itu baru 'cara memandang'. Bukan lagi hamburan 'kata-kata pujian' yang singgah di telinga kita.

Renungkan sejenak jika kita berada di 'dalam kasut' ibu tersebut. Jadilah seorang yang prihatin.

Walaupun anda bergelar ibu yang dikatakan tidak mempunyai anak yang bermasalah, itu tidak bermakna anda sudah 'terlepas!'

Ujian demi ujian ada. Itu lumrah kehidupan.

Syukur saya ada Aina. Saya cuba pandang dia dari sisi yang lain. Bila ilmu semakin kita gali dan digali,

Banyak lagi yang kita perlu belajar sebenarnya sebagai ibubapa. Saya tidak malu berkongsi apa yang saya buat seperti menghadiri speech therapy, OT dan lain-lain.

Sebab saya tahu, ramai lagi ibu yang mengalami masalah yang sama, cuma tidak tahu hendak merujuk kepada siapa.

Yang penting,

Jangan jadi orang yang mudah menjatuh hukum.

Terkenang saya ketika menghadiri pelbagai kumpulan sokongan seperti cerebral palsy, autisme, penyusuan susu ibu dan lain-lain lagi. Ibu yang mempunyai anak yang istimewa memang saya cadangkan supaya hadir ke support group.

Support group ini sangat penting bagi mereka yang mempunyai anak yang istimewa. Bertukar-tukar pendapat, pandangan dan idea.

Percayalah, anda tidak berseorangan! 

Gembira dapat bantu ibu ini. Semoga Allah permudahkan urusan ibu.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my