Wednesday, August 30, 2023

Aktiviti cuti sekolah "Shark Bite" dan "Bunga Kemerdekaan" di Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu

Alhamdulillah, anak-anak diberi kesempatan untuk join bersama-sama aktiviti cuti sekolah di Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu.

Nah, sebelum ke perpustakaan, Kak Ida singgah dulu di Mr. DIY untuk membeli gunting dan pensil warna. Sengaja untuk datang awal bagi meninjau apa yang ada disini.

Deretan majalah menyambut kedatangan kami disini.

Ruang membaca kanak-kanak.

Ruang aktiviti.

Pentas utama.

Sementara menantikan sahabat lain sampai, Ammar tidak lepaskan peluang untuk membaca buku.

Siri buku penyiasatan kegemaran Kak Ida.

Aktiviti dimulakan hampir jam 3.15 petang. Staf memberikan sehelai kertas untuk diwarnakan.

See? Tekun Ammar mewarna.

Selesai mewarna, Ammar perlu menggunting "Shark" tersebut kepada dua bahagian.

Shark ditampal pada penyepit baju dengan menggunakan double tape.

... dah siap! Bila penyepit dibuka, nampak "Shark" seperti ingin mengigit. 

Disebabkan aktiviti ini habis awal, aktiviti kedua dibuat sempena kemerdekaan.

Anak-anak diberikan dua keping kertas berwarna putih dan merah, sekeping berwarna biru dan kertas kuning yang mempunyai lambang bulan dan bintang.

Kertas merah dan putih disusun dalam bentuk "X" dan digamkan. Kemudian, ditampal lagi di tengah-tengah X tadi.

Gunting kertas berwarna kuning yang mempunyai bentuk bulan dan bintang.

Tada, ini hasilnya. Bunga Kemerdekaan. 

Bergambar kenang-kenangan sebelum balik.

Yeay, selesai dua aktiviti hari ini. Terima kasih Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu kerana membuat aktiviti sempena cuti sekolah ini. 

Jumpa esok. Insya Allah. 

Aktiviti cuti sekolah "3D House" di Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu

Hari kedua menyantuni Program Cuti Sekolah di Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu.

Kak Ida agak lewat keluar dari rumah kabin kerana terlelap. Cuaca agak panas. Mujur perpustakaan ini tidak berapa jauh. Lebih kurang 15 minit perjalanan.

Kami berempat sampai lebih kurang jam 3.00 petang. Masing-masing bergegas mengambil tempat. Sementara menantikan sahabat yang lain sampai, mereka mengambil buku untuk dibaca.


Barang yang sama seperti semalam. Antara peralatan yang diperlukan adalah pensil warna, gam dan gunting.

Staf berikan beberapa jenis 3D rumah untuk diwarnakan. Selesai mewarna, gunting mengikut bentuk dan digam.

Meriah betul kehadiran anak-anak disini. Dalam masa yang sama, boleh bersosial.
... dari kiri, 3D House oleh Adilah, Ammar dan Aina.

Alhamdulillah, kami akhiri aktiviti dengan bergambar kenang-kenangan. 

Terima kasih Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu atas aktiviti cuti sekolah yang dijalakan selama dua hari ini.

Ada rezeki, kami akan berkunjung lagi kesana. Insya Allah.

Till we meet again. 


Thursday, August 17, 2023

First Day Cover | Sambutan Ulang Tahun ke-100 Funikular Bukit Bendera

Alhamdulillah,

Poster rasmi First Day Cover sempena Sambutan Ulang Tahun ke-100 Funikular Bukit Bendera yang akan dikeluarkan pada 22 Ogos 2023.

Keistimeaa kali ini ada setem denominasi 30 sen, 60 sen dan RM 1.30. Ada juga miniature sheet dan poskad.

Yeay! Memang Kak Ida teruja betul dengan keluaran kali ini.



Jangan lupa dapatkan edisi First Day Cover kali ini ya.

Sunday, August 13, 2023

Meraikan Geng BFF @ The Kuarters Cafe

Akhirnya apa yang dirancang dapat ditunaikan.

What a day, kami meraikan "Hari Kami" di The Kuarters Cafe yang terletak di Jalan Pahlawan.

Kami sampai selepas selesai audit yang berlangsung di pejabat. 



Sengaja memilih disini kerana masing-masing belum pernah sampai. Nah, betul-betul me time sambil menikmati hidangan.

Sue memilih kuew teow, Kak Ida memilih kari kepala ikan merah manakala Kak Sikin memilih menu ikan goreng dicicah dengan kuah asam pedas.


Dekorasi di The Kuarters Cafe.

 

Saturday, August 12, 2023

Art Therapy Session: Serlahkan Kreativiti Anak-anak Bersama Cikgu Bayu

Alhamdulillah,

Hari ini menyantuni Parent Support Group (PSG) Pertubuhan Ibubapa dan Anak-anak Istimewa GIATJB untuk kali ke-4 bagi tahun 2023. 

Tajuk PSG kali ini adalah Art Therapy Session: Serlahkan Kreativiti Anak-anak Bersama Cikgu Bayu bertempat di Ruang CME, Bangunan Ixora, Hospital Permai, Johor Bahru.


Alhamdulillah, anak-anak mahu join program seni ini. Bayaran yang dikenakan adalah RM 20 untuk satu keluarga. 

Terdapat pelbagai kelebihan Terapi Seni ini terutama untuk anak-anak istimewa. Antaranya adalah:

- Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar,
- Meluahkan perasaan,
- Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti,
- Menguatkan daya imaginasi,
- Menguatkan motor kasar dan motor halus,
- Memperkembangkan bakat sedia ada, dan
- Menghayati nilai seni.

Cikgu Bayu merupakan Pengajar Kelas Seni Visual, Galeri Seni Johor di Yayasan Warisan Johor.

GIATJB berbesar hati apabila Cikgu Bayu sudi menerima lamaran kami untuk berkongsi terapi seni bersama-sama anak istimewa ini. Alhamdulillah.



Seni dalam kolaj.


Terima kasih si dia kerana membantu anak-anak. 





Anak-anak bergambar kenang-kenangan bersama Cikgu Bayu dengan hasil lukisan yang telah dibuat. Tahniah anak-anak. 

Semoga dengan perkongsian yang dibuat dapat memberi sedikit sebanyak ilmu dan dikongsi bersama yang lain. Insya Allah.

 

Thursday, August 10, 2023

Quizizz sempena Bulan Kemerdekaan Zon Pulau Aur

Semalam berlangsung Quizziz sempena Bulan Kemerdekaan untuk Zon Pulau Aur.

Perancangan asal, kuiz akan dibuat melalui aplikasi Kahoot! Jam 11 malam baru Kak Ida perasan, pakej basic hanya untuk 10 pemain. Jika mahu lebih dari itu, kita perlu membayar hampir RM 200 untuk mengambil plan yang bersesuaian dengan keperluan kita.

Godek-godek website, akhirnya terjumpa apps yang lain. Quizizz! Nah, hampir jam 1.30 pagi Kak Ida selesai "berperang" copy paste semula semua soalan dan jawapan dari Kahoot! ke Quizziz. Nasib baru 40 soalan, kalau 50 soalan. Berhuhu dibuatnya.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar semalam.

Well, ada soalan senang, ada soalan sederhana susah dan susah. Semuanya fakta dan sejarah berkaitan kemerdekaan.

Memang berkerut muka masing-masing walaupun sempat "study" last minute. Pemenang seperti yang Kak Ida duga. "Haziq Champion". Pakej sempat minum kopi sementara menantikan sahabat lain selesai menjawab. Hehehe.

Tahniah kepada semua pemenang.
Tempat pertama,
Hadiah sekeping dirham bertemakan Kemerdekaan


Tempat kedua
Hadiah sekeping setem bertemakan Kemerdekaan lengkap dengan postmark bercop tahun 1957


Tempat ketiga
Hadiah seunit lori Eco Shop bertemakan Kemerdekaan

Insya Allah, jumpa lagi tahun depan.

Tuesday, August 8, 2023

Makan tengahari PUSPANITA JUPEM Johor @ Double Tree by Hilton Johor Bahru

Yeay, 

Jam 10.30 pagi menyantuni Kursus menghasilkan pelbagai bahan grafik digital, cetak video, animasi, slaid, web dan suntingan imej menggunakan aplikasi Canva khas untuk Ahli Jawatankuasa PUSPANITA JUPEM Johor bertempat di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor.

Perkongsian kursus ini dibuat oleh Nurin (untuk aplikasi Canva) dan Syira (untuk penghasilan video menggunakan aplikasi CapCut).

Tugasan yang diberikan adalah menghasilkan poster sempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang 
ke-66. 


What say you? Poster air tangan Kak Ida. Hehehe... 

Kemudian, penyerahan cenderahati kepada barisan Ahli Jawatankuasa PUSPANITA JUPEM Johor bagi sesi 2021-2023. Puan Nur Hayati Ayob merangkap Setiausaha PUSPANITA JUPEM Johor telah menyempurnakan majlis ini.

Menjelang tengahari, kami bergerak ke Double Tree by Hilton Johor Bahru bagi meraikan pegawai yang akan bertukar.



Kami menikmati makan tengahari di Makan Kitchen. Oh ya, sepanjang bulan Ogos ini pada waktu weekdays, ada promosi dua orang percuma satu. 



View di Makan Kitchen.


Alhamdulillah, kami bertukar-tukar pendapat tentang aktiviti yang akan dirancang oleh PUSPANITA JUPEM Johor pada bulan Ogos-Disember nanti.


"Something missing."


Setelah bergambar beramai-ramai, kami bergerak pulang ke pejabat.

Insya-Allah, tahun ini merupakan tahun terakhir kami menjawat jawatan di PUSPANITA. Kak Ida ingin berikan peluang baru kepada anak-anak muda menjawat jawatan ini pula.

 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my