Saturday, February 25, 2023

Fun Run & Walk | Car Free Day & World Down Syndrome Day 2023

Alongside with JB Wake Up! 

Car Free Day & World Down Syndrome Day 2023, join us at event FUN RUN AND WALK.

Date: 18 March 2023 (Saturday)
Time: 7 am
Venue: Dataran MBJB (Next to HSA)

Registration Fee: 
RM10/pax [Public] 
RM10/family [Family with Down Syndrome] 

Option:
T-shirt: RM45 short sleeve / RM50 long sleeve

Complete form & details at https://forms.gle/b37hzfJLHbAYKDNe9 before 3rd MARCH 2023

MAYBANK 5513 4212 2064 - PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI JOHOR 

Contact: 01125879404 Farah

 “WITH US, NOT FOR US” 

Wednesday, February 22, 2023

Yeay, semester baru akan bermula...

Assalammualaikum, 

Salam blogger,

Alhamdulillah, hari ini sengaja "menggatalkan" jari menekan laman web smp UTM.

Bukan apa, mana tahu ada results yang keluar. Hahaha... Hilang sedikit rasa debar ni kan?

Malangnya, keputusan belum dipaparkan lagi. 

Kemudian, jari ini menekan submenu "Pendaftaran Kursus", syukur, semuanya telah diterima pada 20 Februari 2023 yang lalu oleh Pensyarah Penyelaras.

Semester 2022/2023-II kali ini, Kak Ida mengambil tiga subjek dengan lapan (8) mata kredit.

Kak Ida mengambil Teknologi Bangunan, Pengurusan Akaun dan Kewangan serta Penilaian Pembangunan dan Pelaburan.

Boleh tahan juga "killer" subjek untuk semester kali ini.

Paling penting, cabaran baru, persekitaran yang baru.

Doakan Kak Ida dapat GOT (Graduate On Time) ya kawan-kawan. Tidak sabar untuk menghabiskan pengajian ini. Lepas ini, Kak Ida mahu menyusun perancangan baru pula.

Slowly but surely. 

Amin amin YRA.

Jumpa lagi di next posting. Tata.

Sesi perasmian Larian Maya Geo-Eksplorasi Alam dan sesi penggambaran KSKJUJ 2023

Whoaaa...

What a lovely day.

Back to back meeting. Banyak yang Kak Ida belajar dari ahli mesyuarat. Just take notes for yourself.

Petang pula ada mesyuarat Kelab Sukan dan Kebajikan Ukur Johor. Ada sesi penggambaran sempena PESUMA Pahang yang akan berlangsung pada bulan Jun nanti.

Sebelum itu, ada sesi perasmian ringkas iaitu YDP menandatangani sijil Larian Maya Geo-Eksplorasi Alam.

Seterusnya, sesi penggambaran.

Sengaja memilih tarikh ketika YDP, TYDP dan NYDP ada untuk bergambar bersama barisan ahli Jawatankuasa.

"Gambar ini akan digunakan tujuh keturunan..." Tergelak memasing.

Sesi warm up. Ada gambar rasmi, gambar menggerunkan, gambar free style. Kah!

Sesi bergambar diteruskan dengan gambar barisan ahli Jawatankuasa.

Pergh, sado memasing. Hahaha...

Cop, jangan lupa daftar dan seterusnya menyokong Program Larian Maya Geo-Eksplorasi Alam anjuran KSKJUJ. Boleh klik link di:

Jom kita? 

Wednesday, February 8, 2023

Larian Maya Geo-Eksplorasi Alam sempena Global Surveyor Day 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kelab Sukan & Kebajikan JUPEM Johor menganjurkan Larian Maya Geo-Eksplorasi Alam sempena Global Surveyor Day 2023

Pendaftaran DISINI: https://kskjuj.kiah.store

Objektif larian adalah bagi memeriahkan sambutan Global Surveyor Day yang disambut Mac setiap tahun.

Maklumat berkaitan larian

Jadilah yang terawal mendaftar!

Tarikh tutup Pendaftaran: 26 Mac 2023
Tempoh Larian: 9 Feb – 31 Mac 2023
Jarak: 5 KM (Terkumpul)

MENARIK
PENYERTAAN KHAS untuk kanak-kanak dan remaja berumur 7-17 tahun.

Pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi berupa eWallet dan voucher Garmin.

Muatnaik gambar menarik & kreatif bertemakan Geo-Eksplorasi Alam dengan menggunakan #LMGEA. Penyertaan paling kreatif berpeluang memenangi baucar Garmin. 

DAFTAR SEGERA! https://kskjuj.kiah.storehttps://kskjuj.kiah.store

Friday, February 3, 2023

PSG GIAT 1/2023 | Sokongan Pekerjaan Untuk Anak-anak Berkeperluan Khas

Salam GIAT,


Pertubuhan GIAT akan menganjurkan Parents Support Group 1/2023 seperti berikut:

SOKONGAN PEKERJAAN UNTUK ANAK-ANAK BERKEPERLUAN KHAS

Penceramah : Puan Noor Fadhilah binti Tohiran, Jurupulih Perubatan Cara Kerja, Program Sokongan Pekerjaan Hospital Permai.

Tarikh : 11.02.2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 11.30 pagi.
Tempat : Ruang CME, Bangunan Ixora, Hospital Permai.
Bayaran adalah untuk setiap penyertaan: RM 20.00/Peserta (Ahli GIAT RM 10.00)

Link pendaftaran: DISINI

Bank Islam : 0104-10100-39570 (PERTUBUHAN IBUBAPA ANAK-ANAK ISTIMEWA JB)

Pertanyaan, hubungi/whatsapp:
Ida 0196558504
Masni 0197205105
Zida 0162339340

Tempat TERHAD untuk 50 orang peserta sahaja.

Keutamaan diberikan kepada yang telah membuat pembayaran.

Mohon HEBAHAN.

Terima kasih.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my