Thursday, April 28, 2022

Salam Maghrib dari Aeon Kulai

 Salam Maghrib,

Semalam si dia membuat keputusan untuk membawa anak-anak berbuka puasa di Aeon Kulai. Tetapi itulah, kami sampai agak lewat dalam jam 6.40 petang, semua restoran sudah penuh di booking.

Setelah berbincang, si dia membawa anak-anak ke Food Avenue di Tingkat 1. Kami menikmati aiskrim sementara menantikan restoran kembali kosong.



Comel betul cup ini. Memang tak in langsung dengan Ammar. Hehehe...


Ambil gambar dengan anak bujang. 

"Jap ibu, Ammar buka mask." Alalala, sweet betul anak bujang yang seorang ini.


Alang-alang, Kak Ida melayan anak dara ini mengambil gambar. 

... selagi boleh. Hehehe...

Alhamdulillah, dalam jam 7.45 petang, kami sudah boleh berbuka puasa di Chicken Rice Shop. Ok all, kami makan dulu. Jumpa lagi di next posting.



Wednesday, April 27, 2022

Saling bermaaf-maafan

Kak Ida membuat keputusan untuk memohon ampun dan maaf pada rakan sepejabat. Tidak mahu melepaskan peluang untuk mengambil gambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan Kak Ida.

Kebetulan esok, ada dikalangan office mate Kak Ida yang akan mula bercuti. 



... di Seksyen Hakmilik Tanah.


... di Seksyen Pentadbiran.




... di Cawangan Strata.


... Kaunter Khidmat Pelanggan.



... Seksyen Penerbitan Peta Kadaster.

Gituw! Terima kasih Kak Azimah atas make-up yang cun. Memang tahan lama. Hehehe...

 

Saturday, April 9, 2022

Poskad raya 1443H sudah sampai...

Alhamdulillah,

Poskad raya untuk pengganti diri sudah sampai. 

Awal-awal Kak Ida sudah membuat tempahan. Risau kalau last minute, lambat pula poskad ini sampai ke tangan pengirim.

Kenapa tak beli kad raya di kedai?
So far, banyak kedai yang sudah tidak menjual kad raya sekarang. Kalau ada pun, designnya sudah out of date. Harga pula boleh tahan mahalnya. 

Jadi, Shoppe sahajalah jawapannya. Mudah, ringkas dan harganya mampu milik. Bincang dengan seller nak macam mana, nah... tunggu sehingga sampai di depan pintu.

Nantikan poskad raya dari Kak Ida sampai kepada mereka yang bertuah. Insya Allah, besar harapan dapat hidupkan kembali zaman kegemilangan kad raya. 

Ok, later update nanti. Tata. 

Monday, April 4, 2022

Quote

The greatest test of courage in the world is to endure failure without losing faith.

Sunday, April 3, 2022

Saturday, April 2, 2022

Salam Ramadan Kareem

Salam Ramadan Kareem.

Kak Ida memohon ampun segala salah silap, terlanjur kata, terkhilaf perbuatan dan minta dihalalkan makan minum secara sengaja atau tidak sengaja.

Kak Ida doakan Ramadan kali ini adalah yang terbaik untuk kita semua.

Amin amin YRA.

Quote

"Many people go through the meadow, but few saw the flowers in it."

Selamat menyambut Bulan Kesedaran Autism

Bulan yang cukup dekat di hati #AmmarSayang.

Selamat menyambut bulan kesedaran autism.

Berikan biru diruangan komen untuk sama-sama menyokong.
Terima kasih.



Friday, April 1, 2022

... Sister BF sebelum Ramadan

Baca dalam group #SisterBF ,

"Aku belum merendang lagi ni..." kata Kak Zulhaya Marzuki

Kak Ida baca be like, Eh?

Allah, nyaris terlupa kami akan berjumpa petang ini. Terus bertanya, apa yang boleh Kak Ida bawa.

"Ko bantu akak rebuskan ketupat boleh?"

Haa... kebetulan memang ada stok ketupat mini dirumah ini. Alhamdulillah, selesai masalah.
Ambil periuk, teruslah merebus ketupat. Dalam masa yang sama, Kak Ida mula masak untuk lunch.

...

Alhamdulillah, sempat menyantuni makan-makan sebelum Ramadan menjelang tiba esok.


Ada mee sup, rendang ayam pencen, bingka ubi dan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

Misi 3 kilo #KebayaRiau DariHamba KeHamba telah bermula. Aci tak Linda Nasir ?

Missing Nor Effahanee . Raya nanti kita jumpa. Ok? Insya Allah.

Quote

"Love is like a flower, and you have to let it grow."

Happy Birthday Sis Sikin

"Kak, jangan lupa eh. 1 April tu kita cuti..." pesan Suryati Abdullah .

Dalam kesibukan mengurus program pada 28 Mac dan akan mula berkursus di INSTUN sehingga semalam, tiba-tiba terpancul Kak Sikin Kenanga di meja Kak Ida.

Eh, macam disusun-susun pula. Hehehe...

"Sue! Jom... acik ada ni... kang takut kita berdua terlupa."

"Yen, ambilkan gambar kitorang..." panggil Kak Ida pada office mate yang ada disitu.

Terpinga-pinga sekejap Kak Sikin. Dah kenapa?

"Ni, hadiah untuk birthday acik nanti... Acik jangan buka hadiah sampai 1 April jam 12 tengah malam nanti ok?"


Ida doakan acik diberikan kesihatan yang baik, diberikan kesejahteraan, rezeki yang berlimpah-ruah dan sentiasa berada dalam lindungan rahmat Allah S.W.T.

Again,

Happy birthday acik!

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my