Thursday, February 3, 2022

Memburu nilai setem yang kecil

"Jom Ida, kita ke pekan nak?"

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Kak Ida terus bersiap-siap. Hari ini pula Khamis, pasti pejabat pos sudah dibuka kerana Negeri Sembilan sudah mula bekerja hari ini.

"Abang, kita singgah pejabat pos boleh? Sebenarnya, Ida nak cari setem nilai yang kecil untuk poskad. Orang kata, pejabat pos di tempat-tempat macam ini, banyak setem yang bernilai kecil."

"Boleh sayang..."

Fuh, roda kereta terus dipusingkan ke Pejabat Pos Kuala Klawang. Sebelum masuk, kita snap sekeping dua peti pos yang terletak di luar pejabat untuk tatapan sahabat sehobi di Filateli Hobi Terangung. 


Selesai scan MySejahtera dan menyemak suhu, terus menekan butang nombor giliran. 

"2079" 

Alhamdulillah, tidak sempat duduk, nombor sudah dipanggil untuk ke kaunter. 

"Ada setem kak? Saya nak 5 sen, 10 sen, 20 sen, 30 sen dan 50 sen kalau ada..."

Namun, setem yang ada hanya 5 sen, 20 sen dan 50 sen. Kak Ida borong semua setem bernilai 5 sen. Nilai kecil yang lain semua out of stock. Alalala... 

"Err, pejabat pos mana yang dekat disini lagi kak?"

"Ada di Titi. Rasanya pejabat pos sana ada." Alhamdulillah, layanan kakak kaunter cukup baik. 


Masuk ke dalam kereta, terus buka Google Maps. Pejabat Pos Titi lebih kurang 12 minit dari situ. Tengok jam di dashboard, Insya-Allah masih sempat kerana pejabat pos akan ditutup jam 5.30 petang. Lagipun, tidak jauh. Terus si dia bawa Kak Ida ke sana.

"Ada setem kak?"

"Sini yang ada hanya RM 1.30 sahaja. Nak?"

Untuk hilangkan kehampaan dalam diri, Kak Ida ambil juga sekeping gambar peti pos disini.


Ok, ayuh pulang!

Pengalaman hiking papa dan si dia

First-time "hiking" dengan papa dan si dia. Well said, I always feel like a baby girl. Papa sentiasa menjaga keselamatan Kak Ida supaya tidak terjatuh atau tergelincir.

Ok, sebenarnya Kak Ida hendak melihat tanah di kampung mama. 

Mujur keadaan tanah tidak terlalu teruk kecuali banyak pokok yang berduri.

Jadi, papa dan si dia perlu mencantas pokok untuk memudahkan Kak Ida lalu.



Tanah disini agak berselut dan berpaya. Mujur tiada pacat! Fuh...



Suka lihat view dari sini.






Pengalaman yang cukup mahal harganya. 

Tuesday, February 1, 2022

D' Pendang Sup Utara, Setiawangsa

Balik dari AEON AU3, perut mula terasa lapar. Kah!

Mata Kak Ida ternampak warung D' Pendang Sup Utara. Niat di hati, ingin mencari sup perut kalau ada.


Kak Ida kongsi dulu peti pos di AEON AU3. Hehehe...

"Kita balik solat dulu, nanti kita singgah boleh? Lagipun tak jauh dari rumah mama pun..." 
Kak Ida bersetuju. Dalam masa yang sama, buka google untuk lihat apa yang sedap disini.

Laksa penang? Wah. Ini lagi best! Laksa adalah salah satu makanan kegemaran Kak Ida. 


Kebanyakan review yang diberi semua 4 dan 5 bintang. Eh, memang kena try!


Laksa utara. Kak Ida beri 5 bintang!


Roti arab.


Nasi goreng kampung.

Alhamdulillah, semua sedap seperti yang di review. Kesimpulannya, menu MESTI rasa ialah bihun sup utara, laksa utara, roti arab dan roti canai.

Jangan lupa singgah bila berada di AU3 ok?

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my