"Esok ada apa-apa ke yang?"
Kak Ida akan review jadual Kak Ida dan anak-anak dengan si dia. Sama ada setiap hari, mingguan atau bulanan. Kami perlu "match" untuk memastikan salah seorang antara kami MESTI ada bersama bersama anak.
"Abang, esok anak-anak kena bawa kuih tradisional ya. Ammar ketupat palas dengan serunding, Adilah pula kuih koci. Kuih Ida dah tempah dengan Linda Nasir ." ringkas Kak Ida memaklumkan aktiviti anak-anak di tadika esok.
"Kita ada tenpin kan abang. Apa kata kalau kita masukkan kuih anak-anak dalam tu? Nampak cun kalau anak-anak bawa dengan mangkuk tingkat.
"Ok juga idea tu." si dia bersetuju dan terus ke dapur untuk mencapai mangkuk tingkat di dalam rak.
Seronok Kak Ida tengok anak-anak merasai pengalaman ini. Amalan membawa mangkuk tingkat ini adalah amalan sejak zaman berzaman.
Ia simbol kepada semangat persaudaraan dan tanda ingatan.
Trivia mangkuk tingkat.
1. Ia bermula pada pertengahan tahun 1800 oleh British yang membawa budaya itu ke Malaya.
2. Mangkuk tingkat ini digunakan untuk menyimpan makanan sebagai bekalan ke tempat kerja atau dalam perjalanan jauh.
3. Asal usul kepada penciptaan mangkuk tingkat di Malaysia adalah dari India. Di India dipanggil "dabbas".
4. Bakul sia adalah bekas menyimpan makanan bagi Baba dan Nyonya dikenali sebagai Peranakan di Melaka. Bakul sia atau sia nah bermaksud bakul kesyukuran.
5. Di Indonesia dipanggil "rantang." Lazimnya digunakan oleh perajurit yang membawa bekalan makanan ketika berperang.
Jom hidupkan tradisi.
Tradisi itu perlu dikekalkan.