Nasi ayam yang sedap di Terengganu.
Sunday, March 31, 2019
Saturday, March 30, 2019
Jalan jalan Terengganu | Fauna Beach Chalet
Inilah penginapan rasmi kami sepanjang Kak Ida di Pulau Perhentian Besar.
Fauna Beach Chalet.
Rezeki Kak Ida, Kak Ida dapat bilik yang mengadap laut. Memang best kerana kami dapat mendengar deruan ombak menghempas pantai dengan cukup jelas.
Chalet ini merupakan salah satu pilihan bajet kepada pengunjung ke pulau ini kerana tempat ini terletak di kawasan yang strategik dan paling santai yang berorientasikan kekeluargaan. Cukup menenangkan untuk melupakan kesibukan kerja yang menimbun.
Pintu masuk ke bilik chalet.
Kak Ida duduk di bilik 404.
Family room ini dilengkapi dengan satu katil single dan juga katil queen. Oh ya, pilihan Kak Ida adalah bilik yang berkipas. Sebab itu, ia agak murah berbanding jika ada dikalangan sahabat Kak Ida yang memilih bilik penghawa dingin.
Mengabdikan gambar di depan pintu chalet. Alhamdulillah.
Insya-Allah, ada rezeki kami akan ke sini semula.
Untuk maklumat lanjut, Kak Ida sertakan link Fauna Beach Chalet ya.
Jalan jalan Terengganu | Pulau Perhentian Besar
Day 1
Kami bergerak ke Terengganu dari rumah mama seawal jam 5.00 pagi. Perancangan awal, kami mahu bergerak lebih awal tetapi iyelah, kita hanya merancang, tetapi Allah yang menentukan. (sebenarnya, mata tidak boleh dibuka kerana terlalu mengantuk). Cliche sangat...
Kami berdua membuat keputusan untuk bergerak awal sehari dari perancangan asal. Secara peribadi, besar harapan Kak Ida mahu ke laut. Merealisasikan antara impian kami berdua yang sukakan suasana pantai.
Sepanjang perjalanan, kepala Kak Ida cukup ligat hendak ke mana sebenarnya. Walaupun sudah survey beberapa pulau, Kak Ida masih belum dapat membuat keputusan muktamad.
Akhirnya, Kak Ida terpaksa juga guna abang long kawasan. See, nampak permainan politik disitu? Hahaha
Dia memberikan nombor telefon Ala's Holiday untuk tempahan bot ke pulau. Jadi, sepanjang perjalanan Kak Ida ke Terengganu, Kak Ida sempat berbalas whatsapp dengan Abang Ala.
Ok, Kak Ida pada awalnya HANYA merancang naik bot untuk melihat pulau-pulau sekitar Terengganu sahaja. Ala, kalau kita pergi ke Langkawi kan ada... Gitulah...
Akhirnya, Abang Ala memberikan kami location untuk kami berjumpa.
... dah nah, tambah lagi tempoh perjalanan satu jam setengah ke Kuala Besut Terengganu. Terpinga-pinga sekejap Kak Ida untuk menyatakan persetujuan sebab kami ingatkan dekat! Hahaha...
Si dia meyakinkan Kak Ida supaya terjah sahaja. Mujur kami tiada apa-apa temujanji. Jadi, just follow the flow.
Paling mengerikan Kak Ida adalah, sampai sahaja kami di Tol Kuala Terengganu, hujan turun dengan sangat lebatnya. Dalam hati, terdetik, jadi ke tidak ni... jadi ke tidak ni...
Tawakal sahajalah kami meneruskan perjalanan ke Kuala Besut.
Cuaca di Kuala Besut adalah mendung. Alhamdulillah.
Kami bersedia untuk menaiki bot. Di jeti Kuala Besut, barulah kami tahu tiada servis "pusing-pusing" pulau seperti di Langkawi. Speechless juga Kak Ida dibuatnya.
Abang Ala kata sangatlah tidak berbaloi untuk datang dan berpatah balik semula ke darat. Oh sudah, sudahlah kami tidak menempah apa-apa bilik penginapan di sana. Akhirnya, Kak Ida bertanya semula abang long kawasan, dan akhirnya dia bantu dengan senang hati.
Si dia juga bersetuju dan dia terpaksa berpatah balik ke kereta untuk mengambil bag packers. Apa yang sempat si dia grab seperti makanan dan beg berisi baju mandian anak-anak and go! Masa yang ada hanya setengah jam dan kami sudah duduk didalam bot.
Si dia kata, memang kerja gila! Hahaha
Kami maklumkan, kami akan menginap di Fauna Beach Chalet. Kami walk-in sahaja. Untuk ke sana, memakan masa hampir setengah jam. Abang Ala kata, jangan risau. Lega sedikit rasa hati.
Memang laju ok boat yang kami naik. Berderau juga hati dan dalam masa yang sama berdoa dengan harapan lelemak yang ada dapat dipecahkan. Hahaha.
.... dan akhirnya, barulah kami tahu, chalet ini terletak di Pulau Perhentian Besar. Sampai disana, mujur ada bilik yang masih kosong. Kami menyewa dengan harga RM 100/semalam. Ok sangat la kan? Harganya sangat-sangat berpatutan. Kalau kita ambil standard room, harganya ialah RM 85.00/semalam manakala family room yang dilengkapi kipas DAN permandangan mengadap laut hanya RM 100.00/semalam.
Ya Allah, syukur alhamdulillah.
We'll are so blessing!
Anak-anak bila ternampak laut, sudah nampak ketidak kesabarannya. Tukar baju dan nah, bermainlah dengan sepuas-puasnya.
Kak Ida pandang si dia dan si dia pandang Kak Ida dengan pandangan yang cukup priceless.
Impian kami berdua. Allah merealisasikan dengan cukup cukup mudah dengan menghadirkan orang yang cukup baik menyantuni kami sekeluarga.
Kami juga penuhi aktiviti petang kami dengan bermain kayak. Harga untuk kayak ini adalah sebanyak RM 15.00/sejam. Jika kayak ini boleh melihat pemandangan bawah laut, harganya ialah RM 30.00/sejam.
Cukup puas kami anak-beranak ini bermain kayak. Mereka pun berlebih kurang dengan kami sekeluarga. Semua dapat merasai mendayung kayak kecuali Adilah dan Ammar.
Kegemaran Ammar ialah bermain pasir pantai.
Alhamdulillah, Subahanallah.
Syukur Allah memberikan kami pengalaman ini.
Day 2
Alhamdulillah, kami dapat tidur dengan lena.
Celik mata, anak-anak sudah bertanya soalan, "ibu, i want play sand and beach. Boleh?"
Mmm... terus menukar baju renang. Seawal 7.30 pagi sudah terpacak di pantai.
Kami berdua pula mengambil keputusan untuk bersarapan di restoran. Ambil masa untuk diri kami berdua.
Selepas bersarapan, kami berjalan-jalan menyulusuri pantai. Memang terapi terbaik buat kami berdua.
Kemudian, kami mula mengemas untuk bergerak pulang ke darat. Insya Allah, bot akan sampai jam 12.00 tengahari.
Sementara bot sampai, anak-anak menikmati makanan untuk mengalas perut. Masing-masing kelaparan! Hahaha
This is Terengganu.
Kami naik bot untuk ke Pulau Perhentian Kecil pula untuk mengambil penumpang disana.
Merasa juga memegang stereng bot.
Ammar pun teruja. Bukan selalu dapat peluang sebegini.
Inilah tiket kami. Boleh hubungi nombor yang tertera. Sangat recommended.
Ok, see you next entry.
Thursday, March 28, 2019
Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor Darul Takzim
Alhamdulillah, Allah bagi izin melapangkan masa untuk ke Festival Antarabangsa Johor Darul Takzim.
Salah satu festival yang Kak Ida tunggu kerana sangat-sangat tertarik dengan pengisian program ini.
Festival Islam Antarabangsa Johor Darul Takzim ini diadakan di Persada Johor International Convention Centre bermula pada 28-31 Mac 2019.
Masuk adalah PERCUMA.
Kak Ida parking di A3. Menaiki lif untuk turun ke lobi. Mudah sangat untuk akses ke sini.
Seperti biasa, kita akan check in dulu. Hahaha
Kemudian, kita perlu mendaftarkan diri. Booth pendaftaran terletak disebelah booth Unifi. Kita akan diberikan satu sticker sebelum masuk.
... nah, terbentang booth jualan. Kak Ida difahamkan ada 300 booth di festival ini. Ada juga pameran makanan halal antarabangsa.
Puas kami memusing booth, tetapi rupa-rupanya ruang pameran ada di pintu keluar masuk ke sebelah kanan. Aduhai...
Kus semangat, lautan manusia yang cukup ramai. Mungkin faktor cuti sekolah, ibu bapa mengambil kesempatan membawa keluarga ke sini. Kami dinasihatkan untuk sentiasa berselawat dan menyedekahkan Al Fatihah sepanjang kami berada diruang pameran artifak.
Tongkat baginda Rasulullah s.a.w.
Disini juga ada kronologi dan tarikh-tarikh penting perang-perang dalam sejarah Islam.
Bekas ini berisi darah Rasulullah s.a.w. Subhanallah.
Ini adalah batu dinding Masjid Quba.
Nampak tak helaian rambut milik Rasulullah s.a.w?
Alhamdulillah, ini sahaja yang Kak Ida dapat kongsikan di ruang pameran artifak milik Rasulullah s.a.w. Selepas ini Kak Ida akan kongsikan pula Pameran Rehlah Nabawiyyah pula.
Allahu, rasa sebak menyelubungi hati Kak Ida bila terpandang satu-satu peninggalan nabi dan sahabat nabi. Kak Ida rasa sangat bersyukur kerana dapat melihat artifak yang cukup-cukup bernilai ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hubungi Kami
Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my