Saturday, February 23, 2019

Homeschooling : Young Entrepreneur 3.0


Vavava, kali ini Kak Ida menyantuni lagi program Mommies United JB dengan program Young Entrepreneur 3.0.

Young Entrepreneur kali ini dibuat di Sireh Park. Istimewanya kali ini kami membuat kelainan dengan menjual di Car Booth Sale.

Seperti biasa, sebelum berniaga, anak-anak kena DIY membuat signage.

Aisyah mencorakkan bekas polisterin dengan ucapan "Welcome" di kotak polisterin.


Ya, seperti biasa Kak Ida menawarkan vitagen. Memudahkan Kak Ida mengurus stok dengan anak-anak.

Oh ya, setiap hasil jualan yang diperoleh dengan pembelian vitagen, sumbangan akan diserahkan ke dalam Projek "My First Donation Box" yang dianjurkan oleh Tadika Dzul Iman, Jalan Abdul Samad.

Ammar dan Adilah mengambil bahagian dalam projek tersebut.

Sampai di Sireh Park, kami menyusun atur bekas polisterin. Si dia mencurahkan ais untuk menyejukkan vitagen dan Aisyah mula menyusun stok.


Aina pula sudah mula "Paitagen" kepada pelanggan. Memang meriah.



Cuaca di Sireh Park semakin panas dan terik. Pukul 11 pagi Kak Ida sudah mengalah. Kami mula mengemas untuk pulang.

Berbaki tiga paket yang tidak dijual, Kak Ida sudah mula membuat jualan online. Alhamdulillah, akhirnya semua dapat dijual.


Pengalaman menarik untuk anak-anak kerana mereka dapat menjual dan membeli. Cara cross sale, cara menyantuni pelanggan, cara menyerahkan barang pada pelanggan. Bonus, cara menyerahkan flyers pada pelanggan.


Adilah mengumpul sumbangan untuk My First Donation Box dengan penjual di Car Booth Sale. Memupuk sifat keyakinan pada Adilah.


Terima kasih Mommies United JB dan Sireh Park Car Booth Sale atas peluang meraikan anak-anak ini belajar. Insya-Allah, kita berjumpa di lain kali.

Thursday, February 21, 2019

Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Johor Kali ke-26

Hari ini menyantuni Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Johor kali ke-26 yang berlangsung di Dewan Besar, Pusat Islam Iskandar Johor Bahru.

Kak Ida mewakili PUSPANITA JUPEM Johor.


Mesyuarat kali ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.




Hari ini juga diadakan ceramah Maulidur Rasul.

Tuesday, February 19, 2019

Ceramah mengenali anak-anak istimewa (BP) Harapan dan Cabaran Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)

Petang ini, Kak Ida menyantuni jemputan dari Guru Pendidikan Khas Sek Keb Taman Desa Skudai ke ceramah Mengenali Anak-anak Istimewa (BP) Harapan dan Cabara Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Ceramah ini diadakan di Dewan Seri Budiman, Sekolah Taman Desa Skudai.


Penceramahnya memang tiada asing lagi di kalangan ibubapa yang mempunyai anak-anak istimewa iaitu Dr Muhamad Khairul Anuar bin Hussin, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SMK Taman Universiti 2.








Ceramah ini juga kesinambungan dari Zero Reject Policy yang telah diamalkan bermula awal tahun 2019.

Monday, February 18, 2019

Pengalaman Aina membuka akaun bank

Pengalaman pertama kali untuk Kak Ida membuka akaun bank untuk Aina Insyirah.

Alhamdulillah, selepas "turun naik" bank, akhirnya Aina dapat juga membuka akaun bank. Bukan mudah ya kawan-kawan. Anak perlu melepasi beberapa syarat sebelum dapat membuka akaun atas nama Aina sendiri.

Pertama, mesti melebihi tarikh dari tarikh lahir anak. 
Kedua, sebab mahu membuka akaun bank.

Kak Ida memilih Bank Simpanan Nasional Cawangan Johor Bahru yang terletak berdekatan dengan Galleria Kotaraya.



Alhamdulilllah, selesai akahirnya.

Saturday, February 16, 2019

My Library | DIY Lips Scrub Workshop

Bertemakan bulan "beauty" atau kecantikan di My Library, Taman Sutera. Kali ini Kak Ida menyantuni kelas membuat DIY Lips Scrub Workshop.

Di luar Seminar Room ada beberapa maklumat yang dikongsikan berkenaan "Evolution Of Lipstick"



Evolusi lipstik yang digunakan.


Sejarah berkaitan lipstik


Beberapa fakta menarik berkenaan lipstik.

Di Seminar Room pula, Kak Ida menghadiri bengkel membuat DIY Lips Scrub dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dirumah.




Ada perbezaan dua lips scrub ini. Sebelah kiri adalah brown sugar honey lips scrub manakala sebelah kiri adalah white sugar tangerine lips scrub.

Kedua-dua bahan ini adalah organik dan homemade.

Memang best bila kita lihat hasilnya selepas bibir discrub kerana kulit mati di bibir dapat ditanggalkan.






Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my