Berkesempatan masa pagi tadi, Kak Ida duduk berbual.
Tersentak Kak Ida bila beliau berkongsi ada perkataan "bodoh" keluar dari mulut seseorang yang cukup dihormati.
Pada awalnya, beliau mahu "let it go" tetapi akhirnya tidak tidur lena bila perkataan itu terngiang-ngiang di telinga.
Pheww...
Kak Ida terpegun sekejap. Bayangkan kita yang sudah dewasa itu pun boleh terngiang-ngiang.
Ayat negatif memang sangat jahat. "Membunuh" emosi dalam diam.
Terus Kak Ida teringat anak-anak istimewa Kak Ida. Huhuhu
Sungguh.
Mereka mungkin tidak memahami. Tetapi perlu ke perkataan itu keluar bagi menunjukkan tanda tidak puas hati dengan idea atau pendapat orang lain.
Hidup terlalu menongkat langit dengan kelebihan yang ada. Itupun "sendiri rasa" sebab ada kelebihan.
Sempurna sudahkah hidup kita?
Well said.