Monday, June 19, 2017

Hari Temu Mesra

Semalam dalam kekalutan persediaan persiapan untuk Majlis Khatam Al Quran JUPEM Johor, Kak Ida menyempatkan diri untuk menghadiri Majlis Temu Mesra di sekolah Aisyah.

Alhamdulillah.


Jeling si dia untuk ke depan berjumpa guru, si dia jeling semula pada kita. Haisshhh...

Sudahnya ibu yang ke depan.

Cikgu bagi keputusan, tengok ada huruf A dan B, tengok kedudukan kelas dan sekolah... ibu dah mula "Mmm... ok."

Toleh pada Aisyah,

"Ada apa-apa lagi?" 😂😂😂

Selalunya ibu-ibu tanya apa eh pada cikgu?

P/S: Syukur, keputusan peperiksaan Aisyah membanggakan ibu dan ayah. Semenjak ada SAPS, sudah tiada lagi kejutan. 😂😂😂

Fasa kedua Ammar

Hari ini hari Ammar untuk mengambil kromosom study. Seawal 7.30 pagi Kak Ida sudah terpacak di Klinik Pakar Kanak-kanak, HSA.


Rupa-rupanya, tidak perlu mengambil nombor.

Sementara menunggu nama dipanggil, jururawat yang bertugas bertanyakan beberapa soalan. Antaranya adakah Kak Ida dan suami ada pertalian keluarga?. Laju gelengan kepala Kak Ida. Hihi

Kemudian, duduk semula. Agak lengang (mungkin masih awal), Kak Ida ambil keputusan berjalan-jalan disekitar klinik pakar. Membaca poster-poster yang ditampal di dinding dan dipintu. Antara poster yang menarik perhatian Kak Ida ialah tentang poster Autisme.


Menerokai dinding lain, Ya Allah, dulu hanya ada 10 amalan penyusuan susuibu, sekarang sudah ada 13 amalan.

Penat, Kak Ida duduk semula....

Nama dipanggil, Kak Ida terus menuju ke kaunter. Ke bilik 4. Tengok jam masih awal lagi. Kak Ida mengambil kesempatan untuk membelek kertas yang ditulis oleh doktor.



Antaranya tatacara sampel diambil. Selepas sampel diambil, perlu terus dibekukan untuk dihantar ke makmal di Kuala Lumpur.

"Oooo...."

Bila nama Ammar dipanggil, si dia dan Ammar masuk ke bilik 4. Ibu serba-salah. Maklumlah satu bilik rawatan tidak boleh ibubapa masuk.

"Masuk ibu..." saya seorang sahaja yang bertugas. Seolah-olah faham apa yang Kak Ida fikirkan.

Hati ibu memang cuak. Berdegup kencang dada.  Lembut nurse maklumkan, "ibu, kita ambil darah dulu ya."

Ammar dibendung. Si dia memeluk erat Ammar. Kak Ida cuma mampu memegang kaki Ammar sambil mulut tidak putus-putus baca zikir Nabi Yunus.

Ammar meraung. Pecah dada ibu...

Kus semangat. Besar betul syringe.

Terima kasih nurse. Cukup menyantuni Ammar. Kemudian nurse hulurkan urine bottle.

Si dia terpinga-pinga. Dua kali keluar masuk bilik air. Ammar masih tidak kencing.

"Boleh ke kita perah aje pampers Ammar?" Soal si dia.

Ya Tuhan, dengan panggilan dari pejabat yang tidak putus-putus, Kak Ida terpaksa cepat membuat keputusan.

Teringat masa Kak Ida kerja di klinik, cara untuk mengambil urine anak. Ting!

Jumpa semula nurse dibilik 04, urine perlu diserahkan sebelum jam 11.00 pagi. Tengok jam berbaki satu jam lagi. Kak Ida maklumkan pada si dia, hantarkan Kak Ida dan Ammar ke pejabat.

Sambil bergelut dengan deringan telefon si dia, kami sampai juga di pejabat.

Kak Ida minta Ammar mencangkung dan alirkan air perlahan-lahan ke kaki Ammar. Ammar pula sibuk bermain air. Ya Allah, memang mencabar sungguh.

"Ammar... fokus Ammar..., ibu nak air kencing Ammar ni..."

Ammar buat muka selamba sahaja. Geram betul dibuatnya. Huhuhu

Masih alirkan air dikaki... Alhamdulillah. Berjaya! Tidak sampai 10 minit!

Terus call si dia, rupa-rupanya si dia setia menanti di depan pintu bilik air.

Bergegas berpatah balik ke Klinik Pakar. Syukur alhamdulillah, fasa kedua Ammar selesai hari ini.

Saturday, June 17, 2017

Oh my Ammar

Malam tadi keluar untuk menghantar barang sumbangan #Amal25. Dalam perjalanan, anak-anak pun tidur.

Selepas menghantar barang, si dia pun pindahkan Ammar ke kerusi belakang. Biar selesa sikit untuk Ammar tidur. (Sepanjang perjalanan pergi Ammar tidur dalam pelukan si dia).

Kami pun terus balik ke rumah manis. Pertengahan jalan, Ammar terjaga dan menangis dengan kuat.

Sambil si dia tercari-cari ruang untuk meletakkan kereta, Ammar muntah.

Ya Allah...

Akhirnya, parking jugalah disekolah Pu Sze. Sempat Ammar muntah sekali lagi.

Si dia terus bersihkan Ammar sambil memujuk. Tukarkan baju, pampers dan lap badan yang terkena muntah sambil sapu IVMist.

Si dia terus peluk Ammar dan cuba tidurkan Ammar semula dalam pelukan.

Kemudian si dia bagitahu,

"Ammar mana pernah tidur di seat belakang. Bila abang buka bonet, abang nampak Ammar menggigil-gigil."

Allah... Allah...

Rasa bersalah si dia dibuatnya. Kadang-kala benda remeh macam ini kami terlupa. Kami beranggapan, asalkan dalam satu kereta yang sama, Ammar ok. Rupa-rupanya tidak...

Maafkan kami ya Ammar...

Cerita anak Autism

Malam tadi keluar untuk menghantar barang sumbangan #Amal25. Dalam perjalanan, anak-anak pun tidur.

Selepas menghantar barang, si dia pun pindahkan Ammar ke kerusi belakang. Biar selesa sikit untuk Ammar tidur. (Sepanjang perjalanan pergi Ammar tidur dalam pelukan si dia).

Kami pun terus balik ke rumah manis. Pertengahan jalan, Ammar terjaga dan menangis dengan kuat. 

Sambil si dia tercari-cari ruang untuk meletakkan kereta, Ammar muntah.

Ya Allah...

Akhirnya, parking jugalah disekolah Pu Sze. Sempat Ammar muntah sekali lagi.

Si dia terus bersihkan Ammar sambil memujuk. Tukarkan baju, pampers dan lap badan yang terkena muntah sambil sapu IVMist.

Si dia terus peluk Ammar dan cuba tidurkan Ammar semula dalam pelukan. 

Kemudian si dia bagitahu,

"Ammar mana pernah tidur di seat belakang.  Bila abang buka bonet, abang nampak Ammar menggigil-gigil."

Allah... Allah...

Rasa bersalah si dia dibuatnya. Kadang-kala benda remeh macam ini kami terlupa. Kami beranggapan, asalkan dalam satu kereta yang sama, Ammar ok. Rupa-rupanya tidak...

Maafkan kami ya Ammar...

Wednesday, June 14, 2017

Pertama kali untuk 1438H

Pertama kali berbuka di atas jalan tahun ini.

Ya Allah, syukur masih ada satu tin air coffee dan 5 biji kuih berkongsi bersama si dia.

Syukur...


Kerana Kak Ida tahu ada diantara kita masih tiada apa-apa juadah yang terhidang untuk berbuka.

Kesyukuran itu perlu

Pertama kali berbuka di atas jalan tahun ini.

Ya Allah, syukur masih ada satu tin air coffee dan 5 biji kuih berkongsi bersama si dia.


Syukur...

Kerana Kak Ida tahu ada diantara kita masih tiada apa-apa juadah yang terhidang untuk berbuka. 

Projek Amal25

Untuk Projek #Amal25.

Fasa pertama selesai.


Tuesday, June 13, 2017

Semarak Ramadan

Alhamdulillah,

Hari ini Kak Ida berkesempatan untuk menghadiri majlis ilmu sempena Semarak Ramadan JUPEM Johor.


Ceramah kali ini menyentuh tentang puasa. Walaupun puasa sudah masuk hari ke-18 hari ini.

Sedikit perkongsian.

- Niat berpuasa. Puasa di bulan Ramadan adalah satu ibadah yang khusus.
- Mengikut mazhab Shafi'e, niat berpuasa hendaklah pada setiap malam bermula waktu maghrib sehingga terbit fajar.
- Cara membayar fidyah bagi orag yang sakit dan tiada harapan untuk sembuh adalah seperti berikut:-
  1/4 daripada zakat. Zakat tahun 2017 adalah RM 7.00
  1/4 x RM 7 = RM 1.75 (nilai zakat fidyah)
- Kelebihan bagi orang yang bersahur.

Banyak juga soalan-soalan kemusykilan yang ditanya. Alhamdulillah, ustaz menjawab dengan memberi kefahaman-kefahaman yang sewajarnya.

Monday, June 12, 2017

Temujanji pertama Ammar

Temujanji pertama Ammar selepas Ammar disahkan ada autisme.

Doktor Oftalmologi di Hospital Sultanah Aminah (HSA). Seawal jam 7.30 pagi sudah terpacak untuk menanti no giliran dipanggil.




Ada beberapa penilaian yang perlu dibuat pada mata Ammar.

Setelah Ammar dinilai awal oleh doktor perubatan, Ammar disarankan untuk berjumpa dengan doktor optometri untuk menilai tahap penglihatan atau rabun Ammar. Disebabkan Ammar tidak dapat mengenal huruf, Ammar dinilai dengan kaedah visual.

Ada gambar bunga, kapal terbang dan burung.

Selepas itu, Ammar dititiskan dengan ubat untuk "mengembangkan" mata. Proses ini Ammar melalui tiga kali kerana mata Ammar tidak kembang sepenuhnya.

Kesan ubat titis adalah Ammar akan rabun dalam masa 9 jam. Doktor berpesan untuk elakkan Ammar menggunakan tangga, kurangkan menonton tv dan lain-lain.

Ada cerita lucu yang si dia kongsi, Ammar terpeluk "Abu" (panggilan Ammar pada ibu). Kebetulan makcik itu memakai baju berwarna biru, Ammar menyangka makcik itu Kak Ida. Sekali dia mendongar, Ammar terkejut kerana baru tersedar makcik itu bukan ibunya. Hihi

Alhamdulillah, selepas ujian dibuat, doktor optometri mengesahkan penglihatan Ammar normal.

Kemudian, Ammar dirujuk semula ke bilik 6B. Ada satu ujian yang Ammar perlu lalui iaitu ujian saraf di belakang mata. Ya Allah, ujian apakah?

Kami menunggu di bilik 18. Ammar dibendung dengan kuat dan si dia ada ketika proses ini berlangsung. Kak Ida tidak sanggup hendak mengadap. Ammar menangis sehingga hilang suara. Ya Allah, zikir Nabi Yunus memang tidak lepas dari mulut Kak Ida supaya Ammar kuat.

Sayu hati ibu...

Selepas itu, kami berpatah semula ke bilik 6B untuk menanti keputusan penuh Ammar. Alhamdulillah, doktor mengesahkan mata Ammar semua dalam keadaan normal.


Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Selesai fasa pertama hari ini. Minggu depan Ammar akan menjalani kromosom study dan penilaian untuk Occupational Therapy pula.

Doakan urusan Kak Ida dipermudahkan ya.

Amin amin YRA.

Sunday, June 11, 2017

Darl MJ' Iffah, Happy Bedfay!

Semalam ada satu misi. Misi menyambut harijadi MJ's Iffah.

Perancangan dibuat hampir seminggu. Eh? Sebab bab perbincangan Kak Ida tidak masuk campur sebenarnya. Hihihi. Bab-bab ini MJ's lain lebih pakar.

Rancangan asal MJ's di KL yang tolong sambutkan, tetapi "Eh, why not tidak celebrate di JB?"

Trivia...
- Kak Ida confirmkan kehadiran jam 5 petang. Kus semangat. Mujur si dia izinkan.
- Tema hitam dan pink. Disebabkan tiada baju hitam, Kak Ida cuma memakai tudung pink!
- Kami sampai awal di McD (Mutiara Rini), tetapi birthday girl belum sampai. Boleh tahan juga Susi menyusun perancangan. "Baru sampai Pulai Perdana..." (konon!)
- Setiap kali parking kereta sebelah kosong, kami akan panik. Risau Iffah yang parking! Bergegar-gegar kereta kerana gelak ketawa kami.
- Farah masuk dulu ke dalam McD untuk mencari meja. Mujur pandai cover line dengan alasan (Jijol yang hantar...). Hihihi
- Kak Ida merasa jadi belon girl... + pembawa pinggan manakala Azie bawa bunga dan hadiah. Susie pula membawa kek.
- SUPRISEEE! Terkedu muka Iffah. Ok, McD malam itu kami yang punya. Hihihi
- Kami berjaya menyeludup durian ke dalam McD. Kek cheese durian. Fuh, marveles hasil air tangan Susi.
- Sesi potong kek, FB Live untuk MJ's kami yang lain.

Alhamdulillah, misi berjaya.














Wednesday, June 7, 2017

Bintang di syurga

Hari ini terbaca kisah tentang Syahid. Beliau merupakan anak kepada #BazliUNIC yang telah meninggalkan kita jam 7.15 pagi tadi kerana kanser.

Ya Allah, terusik juga hati seorang ibu.

Perginya beliau di bulan Ramadan yang mulia. Ya Allah, sebak kerana melihat ketabahan ibubapa Syahid menerima takdir Allah.

Salam takziah #BazliUNIC.

Tuesday, June 6, 2017

Ramadan ke-11

Salam Ramadan ke-11.

Alhamdulillah, Kak Ida masih berkesempatan untuk berbuka puasa bersama keluarga tersayang.


Menu juadah berbuka puasa hari ini ialah:-
1. Ikan kembung goreng.
2. Gulai kangkung.
3. Sambal ikan bilis kering.
4. Sayur campur.

Menu ringkas tetapi bila berkumpul bersama keluarga, semua sedap-sedap belaka.

Selamat berbuka semua.

Semoga Allah berikan kesempatan untuk Ramadan ke-12 .

Amin amin YRA.

Monday, June 5, 2017

Nasi lemak mama

Salam Ramadan ke-10.

Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Sudah masuk minggu ke-2 kita berpuasa. Hari ini juadah berbuka Kak Ida menikmati nasi lemak yang pastinya air tangan mama.


Sedap sangat...

Nasi lemak mama bersambalkan Negeri Sembilan. Banyak hirisan bawang dan ikan bilis dicampurkan sekali dalam sambal.

Terima kasih mama.

Sunday, June 4, 2017

Mudahnya mengumpul pahala

Ya, sedekah tidak semestinya dengan wang ringgit sahaja.

Banyak sangat cara kreatif yang kita boleh bersedekah.


Antara perkongsian sahabat Kak Ida, salah satu cara beliau bersedekah adalah dengan membawa tag untuk menggantung tudung di tandas. Tag akan ditampal dibelakang pintu.

Bayangkan bila kita kaum wanita hendak mengambil wudhuk, kita tiada tempat untuk menggantung tudung. Akhirnya kita "sidai" ditempat yang tidak sewajarnya.

Selain itu, beliau juga akan mencuci telekung yang telah digunakan disurau pejabat. Alang-alang membasuh baju dihujung minggu, beliau akan mengambil kesempatan mencuci telekung. Malah, jika ada kain-kain telekung yang rosak, beliau akan jahitkan pula.

Jika ada kemampuan, beliau akan meletakkan sebotol bedak untuk diwakafkan. Ya Tuhan, begitu mudah kita mengumpul pahala tanpa wang. Hanya menggunakan tenaga yang dikurniakan oleh Allah swt.

Ya, cerita beliau sangat memberi inspirasi kepada Kak Ida.

Kumpul sebanyak-banyaknya ladang pahala untuk saham akhirat kita.

Insya Allah.

Catatan Kehidupan,
Ida Kamilia Mudzakir

Kadar Zakat Tahun 2017/1438H

Kadar zakat tahun 2017/1438 H.


“Zakat Bukan Sekadar Zakat Fitrah"

Pilihan bazar Ramadan

Apa pilihan bazar Ramadan Kak Ida?

Semenjak dua tiga tahun kebelakangan ini, Kak Ida tidak ke param. Menyahut seruan kerajaan mungkin untuk mengelakkan pembaziran. Hihihi.

Tetapi tahun ini memandangkan Aisyah mula berpuasa, banyak permintaan untuk dipenuhi. Jadi, bermulalah sesi menjejakkan kaki ke pasar ramadan.

Bazar Ramadan kegemaran Kak Ida adalah di Taman Universiti. Dekat dengan rumah mama dan banyak pilihan makanan "one stop centre" dan sangat terserlah "ini Malaysia" kerana ramai kaum cina dan india membeli juadah disitu. Tahun ini juga menyaksikan kenaikan harga kos barang, harga kuih sekarang sudah empat biji RM 2.00 berbanding dulu lima biji dengan harga yang sama.

Itu dulu...

Sekarang, kegemaran Bazar Ramadan Kak Ida adalah di Taman Kempas. Ala... yang dekat dengan kilang. Kuih masih boleh didapati dengan harga RM 2.00 untuk lima biji dan juga pilihan agak banyak.



Bazar Ramadan pilihan sahabat Kak Ida?

Saturday, June 3, 2017

Terima kasih sahabat

Terima kasih mama susi atas kiriman juadah berbuka puasa.

Mee hoon sup untuk si rambut kerinting khas dari nenek.

Ok, Kak Ida jeles! 😎😎😎


Kuih siput kosong

Sudah lama Kak Ida teringin hendak menikmati kuih siput kegemaran Kak Ida semenjak dari kecil lagi. Kuih siput "kosong". Bukan bersira dengan sambal atau ada kandungan jintan.

Sejujurnya selama ini Kak Ida cuma pandai menggentel dan menyiput. Tidak pernah membancuh. Tugas membancuh diserahkan sepenuhnya pada mama. Hihi

Tetapi, disebabkan tekak terlalu teringin... gagahkan juga untuk membuat. Peralatan menyiput pun si dia beli malam itu juga. Rasa?

Untuk tidak mahu mengambil "risiko yang tinggi", Kak Ida cuma membancuh tepung dalam 15 sudu sahaja. Hihi.

Resipi asal
Tepung sekilo
Marjerin
Air bercampur garam
Daun kari

Cara membuatnya.
Masukkan tepung dan marjerin ke dalam adunan. Gaul sehingga rata. Kemudian, masukkan air yang telah dicampurkan dengan garam sedikit demi sedikit.


Uli sehingga tepung tidak melekat di tangan.



Gentel tepung dan lenyekkan di papan siput sehingga bancuhan tepung habis. Harga papan siput RM 2.00/1 set. Oh ya, jangan lupa taburkan sedikit tepung untuk mengelakkan siput melekat antara satu sama lain.



Panaskan minyak. Masukkan daun kari ke dalam minyak. Goreng siput sehingga kekuning-kuningan. Sedia dihidangkan.

Pastikan juga sebelum siput disimpan didalam bekas, kuih siput telah disejukkan terlebih dahulu. Untuk mengelakkan kuih siput mudah lemau.

Selamat mencuba.

Friday, June 2, 2017

Misi kulit rambai

Misi mencari kulit rambai.

Kulit rambai ini sedap dicampurkan dalam masakan rendang Negeri Sembilan.

Apa rasa kulit rambai?
Macam "ayam". (jauh benar pula rasanya). Hihihi


Malangnya, sekarang bukan musimnya.

Buah rambai berbuah diantara bulan Julai sehingga September.

Insya-Allah, berbaki sebulan lagi untuk menunggu musim buah rambai.

Wish me luck!

Kaya ball Aisyah

Alhamdulillah,

Tahun ini tahun untuk Aisyah mula berpuasa penuh. Tahun lepas tahun untuk 'trial'. Kak Ida dan si dia sepakat tidak mahu memaksa sebenarnya.

Ragam anak berpuasa, si dia rajin melayan kerenah si anak. Mujur juga Aisyah minta yang mudah diperoleh.

Antaranya "kaya ball" di U Mall Giant Taman Pulai Utama.

Ada kisah rupa-rupanya... Itupun si dia bercerita keesokan harinya.


Untuk tidak menghampakan Aisyah, si dia terpaksa membeli kaya ball ditempat lain kerana tempat kebiasaan yang Aisyah selalu beli tutup. Patutlah "kurang sedap". Huhuhu

Takpelah, yang penting dapat merasa.

Kupang vs kerang

Sebenarnya, sudah seminggu Kak Ida teringin hendak menikmati kupang rebus.

Tetapi entahlah, bila kedai "tercongok" dibuka, tidak pula mahu berhenti. Bila Kak Ida hendak membeli, kedai pula tutup. Rasa?

Akhirnya, Kak Ida singgah juga ke kedai Acheh untuk menutup hati yang terluka. Hihihi. Alhamdulillah, si dia tidak mahu menghampakan Kak Ida, beliau tetap membeli kerang untuk menggantikan kupang.

Resipi kerang rebus.

Kerang (dibersihkan)
Air (dua cawan)
Bawang merah (dihiris)
Bawang putih (diketuk)
Serai dua batang (diketuk)
Garam

Masukkan semua bahan-bahan di atas, rebus dalam periuk. Tunggu sehingga kulit kerang terbuka dengan sendirinya.


Sedia dihidangkan. Sedap juga dicicah dengan cili. Tetapi Kak Ida suka menikmati kerang rebus begitu sahaja.

Alhamdulillah, rezeki Kak Ida bukannya kupang, tetapi kerang.


Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my