Tuesday, May 30, 2017

Welcome home... Jambu

Selama ini "Jambu" dibiarkan lepas bebas. Pagi sebelum "Jambu" hilang, jambu seolah-olah mahu mengikut kami ke tempat kerja. Huhuhu

Setelah dua hari menghilangkan diri, "Jambu" balik... teruja betul Aina bila Jambu balik. Habis dipeluk ciumnya. 

Patutlah si dia kata ada keajaiban.

Rezeki Jambu masih ada bersama kami.

Terus si dia belikan sangkar yang lebih selesa untuk "Jambu". Alhamdulillah.


Welcome home "Jambu"..

Sunday, May 28, 2017

Cara paling mudah untuk khatam Al-Quran dalam masa sebulan

Salam Ramadan yang ke-2.

Alhamdulillah, Allah memberi nikmat-NYA untuk Kak Ida berjumpa semula Ramadan 1438H.

Perkongsian dari sahabat muka buku Kak Ida, tips untuk menghabiskan bacaan Al Quran adalah membaca 1 juzuk setiap hari.

Tetapi, bagaimana hendak mengetahui 1 juzuk Al Quran?

1 juzuk Al-Quran bersamaan 20 muka surat.

Jadi, setiap hari, bagaimana cara untuk menghabiskan 20 muka surat? Mereka mencadangkan agar membaca 4 muka surat setiap kali lepas solat. Sama ada dua muka sebelum solat atau baki dua muka surat lagi selepas solat.

Jom sahabat, kita sama-sama mengimarahkan bulan yang cukup mulia ini.


Perkongsian catatan kehidupan,
Ida Kamilia Mudzakir


Thursday, May 25, 2017

Tips tangani anak berkeperluan khas

Dalam seminar bagaimana menangani anak berkeperluan khas bersama Kak Jit, beliau ada berkongsi tips.

Dengan menggunakan RINKJE

Apa itu RINKJE?

RUTIN HARIAN
Sediakan rutin harian dan peraturan yang perlu diikuti oleh setiap anak. Amat penting bagi anak istimewa ini untuk mempunyai rutin harian yang khusus supaya mereka lebih fokus dan berdisiplin. Pastikan rutin harian disediakan dengan perancangan yang baik, dipatuhi sepenuhnya dan mudah untuk dijangka.

ISTIMEWA SEMUANYA
Anggap semua kanak-kanak mempunyai keperluan khas. Intervensi yang dibuat bersama anak berkeperluan khas, akan turut memberi manfaat yang besar kepada kanak-kanak yang normal.

NAWAITU
Sebagai seorang guru atau ibubapa, pastikan kita betulkan niat (nawaitu) kita setiap kali mengajar. Niat yang betul dan ikhlas adalah gambaran doa dan harapan sebagai seorang guru.

KINESTETIK DAN VISUAL PERLU DILEBIHKAN
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas lebih mudah belajar jika menerima 40% ransangan kinestetik, 40% ransangan visual dan 20% ransangan auditori.


JUNK FOOD? 
Makanan segera dan makanan yang diproses mempunyai bahan pengawet yang akan menyebabkan ketidakseimbangan kimia kepada anak berkeperluan khas. Pengambilan makanan sebegini akan menyebabkan mereka lebih agresif dan sukar dikawal.

EMOSI HARUS DIJAGA
Menangani anak berkeperluan khas ini bukanlah perkara yang mudah dan prosesnya kadangkala amat menjerihkan dan akan memberi tekanan kepada guru dan ibubapa. Oleh itu, guru dan ibubapa harus mampu menjaga dan mengawal emosi masing-masing. Disamping itu, emosi anak juga harus dijaga kerana jika mereka berasa positif, seronok dan selamat, mereka akan lebih mudah menerima pengajaran guru.

Wednesday, May 24, 2017

Caruman koperasi

Rezeki pagi ini.

Rakan sepejabat memaklumkan berita gembira hari ini.

Dividen Koperasi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Berhad (KOJUPEM) sudah selamat mendarat di dalam Maybank. 

Semenjak Kak Ida melaporkan diri masuk ke Jabatan Ukur, Kak Ida sudah mula menyimpan serendah RM 30 sebulan yang dibuat melalui Potongan Gaji.

... dan KOJUPEM tidak pernah lupa untuk membayar dividen ahlinya.

Tahun 2016 menyaksikan dividen 7% diberikan kepada ahli KOJUPEM.


Insya Allah, 2.5% tidak dilupakan pada mereka yang selayaknya menerima.

Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Banyak kelebihan yang Kak Ida terima sepanjang menjadi ahli KOJUPEM antaranya dapat mencarum untuk simpanan, dermasiswa, pinjaman atau pengeluaran 80% dari wang simpanan serta khairat kematian. Selain itu, ada juga borang penama disediakan bagi memastikan pewaris menerima bahagian atau faedah-faedah yang layak diterima sekiranya Kak Ida meninggal dunia.

Syukur alhamdulillah.

Perkongsian catatan kehidupan,
Ida Kamilia Mudzakir

Tempat bersarapan kegemaran

Alhamdulillah,

Hari ini Kak Ida berkesempatan untuk bersarapan bersama dengan si dia. Pagi ini Kak Ida memilih untuk bersarapan di Warisan Tarom Cafe yang terletak di Bangunan Mawar, Johor Bahru.

Bangunan ala-ala kampung juga boleh mengamit memori makan suasana kampung.

Pelbagai menu sarapan pagi ada disediakan disini. Antaranya soto, lontong kering dan berkuah, makan yang siap digoreng seperti kuew tiaw goreng, mee goreng, mee hoon goreng, nasi lemak, lempeng (ada juga lempeng bertelur), jemput-jemput ikan bilis dan jemput-jemput pisang serta pelbagai kuih-muih seperti kuih lompang, kuih kaswi, kuih seri muka dan bingka.

Namun begitu, antara makanan kegemaran jika Kak Ida makan disini adalah lontong berkuah, telur separuh masak dan lempeng (yang dicicah dengan sambal) atau jemput-jemput ikan bilis.

Harganya pun cukup berpatutan. Paling penting, tempatnya yang selesa dan bersih.

Sambil makan, kita juga boleh menikmati permandangan indah Stadium JDT yang terletak berhadapan di situ.


Perkongsian catatan kehidupan,
Ida Kamilia Mudzakir


Tuesday, May 2, 2017

Keep Fighting Aina

Alhamdulillah,

Ibu dan ayah sabar menanti saat bila Teacher Gee kata, "Tahniah Aina, tamat Qiraati 1"

Tetapi bila Teacher Gee kongsi WA sebegini, Kak Ida rasa hendak menangis.


Good job Aina! Fighting.

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my