Inilah kerja kerajaan aka gomen.
Sudah tahu pay day. Mudah untuk kami membuat perancangan kerana ada tarikh begitu jauh jaraknya.
Disini, Kak Ida kongsikan tarikh pembayaran gaji bulanan bagi penjawat awam bagi tahun 2018.
Januari ~ 25.01.2018
Februari ~ 08.02.2018
Mac ~ 22.03.2018
April ~ 25.04.2018
Mei ~ 24.05.2018
Jun ~ 07.06.2018
Julai ~ 25.07.2018
Ogos ~ 14.08.2018
September ~ 25.09.2018
Oktober ~ 25.10.2018
November ~ 22.11.2018
Disember ~ 24.12.2018
Sunday, December 31, 2017
Friday, December 29, 2017
Angry Bird Theme Park | Johor Bahru
Selepas check-out dari D'Explande Residence, kami sekeluarga menikmati makan tengahari dulu di Larkin.
Kemudian, kami menemani si dia untuk menunaikan solat Jumaat terlebih dahulu di Masjid An-Nur Larkin Sentral.
Selepas itu, terus bergerak ke destinasi seterusnya. Angry Bird Theme Park yang terletak di Tingkat tiga, JBCC Komtar, Johor Bahru.
Cerita ringkas, watak Angry Birds adalah antara watak yang popular didunia kerana ramai orang suka bermain games di internet.
Boleh bayangkan?
Antara permainan yang disediakan adalah Lazer Maze, Tower Play, Go Kart, Trampolin, Piggy Shooting, Captain Black Bird dan lain-lain lagi.
Kak Ida mengambil kesempatan untuk bergambar di sekitar theme park. Kotak TNT ini comel sungguh rasanya.
Ok semua, jumpa di next entry, tata
Kemudian, kami menemani si dia untuk menunaikan solat Jumaat terlebih dahulu di Masjid An-Nur Larkin Sentral.
Selepas itu, terus bergerak ke destinasi seterusnya. Angry Bird Theme Park yang terletak di Tingkat tiga, JBCC Komtar, Johor Bahru.
Cerita ringkas, watak Angry Birds adalah antara watak yang popular didunia kerana ramai orang suka bermain games di internet.
Sebelum masuk, kita kena beli tiket dahulu. Kak Ida hanya perlu membayar RM 150.00 untuk enam orang kerana mendapat tiket. Kak Ida juga dapat 4 aiskrim secara percuma dan potongan diskaun jika membeli cenderahati disitu.
Tiket masuk adalah RM 60.00 untuk satu kepala.
Kami diberi "gelang" untuk masuk ke setiap theme park.
Kak Ida juga menyarankan untuk membawa stokin dari rumah. Kasut dan air minuman juga perlu ditanggal dan diletakkan di tempat yang disediakan. Kalau beli disitu, faham-faham sahaja dengan harganya. Hahaha
Oh ya, sebelum pergi juga, kita perlu merancang pukul berapa hendak masuk sesi yang mana. Kalau tidak, kena berkangar diluar. Maklumlah, kalau sudah sampai, anak-anak pula kena menunggu... Rasa?
Kak Ida cadangkan untuk masuk ke sesi ketiga iaitu pada jam 6 petang kerana anak-anak boleh bermain untuk tempoh 4 jam.
Kalau masuk sesi kedua, kena rehat satu jam untuk staf membersihkan kawasan theme park sebelum sesi ketiga dimulakan.
Teaser dahulu
Taman tema yang berlatarbelakangkan gambar Angry Bird. Memang mengujakan kanak-kanak. Banyak permainan yang mencabar kemahiran motor halus dan motor kasar kerana perlu memanjat, melompat, merangkak...
Boleh bayangkan?
Antara permainan yang disediakan adalah Lazer Maze, Tower Play, Go Kart, Trampolin, Piggy Shooting, Captain Black Bird dan lain-lain lagi.
Misi mencari Ammar. Hahaha
Banyak permainan disediakan. Larat atau tidak sahaja untuk anak-anak bermain.
Ya ampun, tenaga anak-anak... Kak Ida mampu duduk ditepi hanya memantau anak-anak.
Ruang rehat di tingkat atas. Sambil menikmati aiskrim percuma dan take a break untuk beri susu pada Ammar dan Adilah. Hahaha
Selepas itu, kami mengambil keputusan untuk balik. Adilah juga sudah meragam kepenatan.
Thursday, December 28, 2017
Majlis Sanjungan Budi dan Majlis Makan Malam Pejabat Tanah Johor Bahru
Ya, si dia membawa kami sekeluarga ke Majlis Sanjungan Budi dan Majlis Makan Malam Pejabat Tanah Johor Bahru yang dibuat di Grand Paragon Hotel Johor Bahru.
Tema kasual. Ya, sangat kasual pakaian Kak Ida. Hahaha.
Majlis dibuat di Ballroom Level 2.
Ada Photobooth. Seperti biasa, Kak Ida dan anak-anak yang teruja. Memang best!
Duduk berhampiran pentas. Agagaga... Cuak Kak Ida dibuatnya. Alhamdulillah, anak-anak semua behave.
See, baru nak fefeling gambar berdua dengan si dia, ada juga yang menempel. Memang tiada "can". Hahahaha!
Si dia membuat persembahan dengan #PEMBusker. Kumpulan si dia membawa dua buah lagu iaitu Bintang Hatiku dan Belaian Jiwa.
Hati Kak Ida bagai diawang-awangan bila melihat si dia bermain gitar di atas pentas. Hehehe
Namun begitu, bukan Kak Ida tidak mahu mengupload video, dalam video suara Adilah sedang menangis untuk mengikut ayahnya naik ke pentas. Aduhai anak. Bertabah hati ibu dibuatnya.
Si dia dapat hadiah cabutan bertuah berupa baucar Parkson bernilai RM 100.00. Ya, seperti biasa Kak Ida sudah berangan apa yang boleh dibeli. Hahaha
Rezeki suami terselit juga rezeki si isteri. Kan?
Inilah gambar kami sekeluarga. Paling "cantik" dan meriah dengan gelagat masing-masing.
Terima kasih si dia kerana membawa kami menikmati short vacay. Tahun depan bawa lagi. Hihihi
D'Explanade Residence
Ya, minggu lepas Kak Ida menyatuni lagi program si dia.
Pada asalnya, Majlis Sanjungan Kasih dan Majlis Makan Malam Pejabat Tanah Johor Bahru dibuat KSL Hotel.
Pagi Khamis (baru naik kerja selepas bercuti panjang), baru tahu majlis bertukar tempat di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru.
Nak batalkan tempat penginapan pula memang tidak boleh sebab semua sudah dibayar. Huhuhu
Mujur juga tidak jauh. Empat minit perjalanan dari sini.
Ada hikmahnya juga kerana makanan mudah "diakses" disini. Tidak sampai dua minit, sudah sampai ke KSL. Hahaha
Anak lapar terus ke KFC. Kah!
Kak Ida menginap di Studio, D'Explanade Residence. Sesuai dengan bilangan anak dan juga keselesaan.
Insya Allah, keselamatan pun ok. Akses WIFI "penuh". Ada dapur untuk memasak. Memang Kak Ida suka (walaupun tidak memasak). Hahaha
Comforter pun turut disediakan.
Terima kasih si dia. Yang penting anak-anak suka.
Sangat selesa!

Buku Beli Emas karya Tuan Shamsuddin Kadir
Kak Ida membawa turun sampul poslaju dari pejabat (selepas bercuti panjang).
"Beli novel lagi?" tegur si dia.
"Tidak bang, sejak usia dah meningkat, mazhab bacaan Ida dah lain..." sambil Kak Ida teruja hendak membuka sampul poslaju.
Tergelak besar si dia mendengar jawapan "tulus" Kak Ida.
Terima kasih Tuan Shamsuddin Kadir. Insya Allah, saya akan ingat pesanan tuan.

Wednesday, December 27, 2017
Task hujung tahun
Task utama hari ini selesai.
Membeli buku sekolah Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul.
Baju 1M1S sudah bertukar warna. Itupun ada ibu yang berkongsi dalam group WA kelas anak. Baru bercadang tidak perlu membeli tahun ini. Sebab baju yang lama masih elok.
Ok, selesai.

Tuesday, December 26, 2017
Sasana Kijang | Homeschool
Selepas bercuti di Villa Mak Tok, Kak Ida dan si dia mengambil keputusan untuk menyambung cuti bagi projek Homeschool anak-anak.
Sebenarnya, ada beberapa senarai pendek telah dibuat antaranya Pusat Sains Negara, MAEPS Serdang, Taman Burung, Zoo Negara atau ke Planetarium Negara.
Tetapi, Kak Ida mengambil keputusan untuk ke Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia yang terletak di Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur. Masuk adalah percuma.
Cerita mengenai Sasana Kijang yang dipetik dari laman web www.bnm.gov.my
Sasana Kijang merupakan pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan dan pembelajaran yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada tahun 2011.
Dalam sejarah kereta perlu diperiksa terlebih dahulu sebelum masuk ke Sasana Kijang. Kemudian, terus ke parking LG5 yang terletak di aras bawah yang dikhususkan untuk pelawat muzium. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 5.00 (sekali masuk).
Selepas itu, kami ke Sasana Kijang Cafe yang terletak berhampiran disitu. Ya Allah, sedapnya coklat panas dan roti yang dijual di cafe tersebut.
Jangan lupa rasa keenakan makanan di cafe tersebut.
Alhamdulillah, projek homeschool Kak Ida kali ini berjaya dengan jayanya. Kak Ida tidak ke galeri-galeri lain kerana tidak berapa sesuai dengan usia anak-anak Kak Ida.
Namun begitu, Kak Ida sangat recommended jika pergi di sini.
Jumpa lagi next entry. Tata

Parking LG5 dikhaskan untuk pelawat yang mahu ke Muzium.
Kereta yang digunakan ketika Hari Kemerdekaan yang dinaiki oleh Tunku Abdul Rahman.
Terdapat lima aras. Untuk Galeri Kanak-kanak terletak di aras pertama bersebelahan dengan kedai menjual cenderamata.
Selamat datang. Kami disambut oleh Kijang yang merupakan haiwan rasmi dalam duit Ringgit Malaysia.
Terowong Sejuta Ringgit. Terowong ini dihiasi dengan wang kertas pelbagai siri dan denominasi. Sempat juga Kak Ida berangan apa yang boleh dibuat jika kita ada SEJUTA ringgit. Mmm....
Permainan interaktif kanak-kanak yang berasaskan "Simpan", "Belanja" dan "Berkongsi".
Wang yang digunakan pada zaman dahulu kala. Ada biji getah, tembaga buaya, cengkerang dan lain-lain lagi.
Jenis-jenis tabung yang digunakan untuk menyimpan duit.
Permainan interaktif.
Anak-anak berpeluang untuk merasa bagaimana bekerja di bank.
Aktiviti menekap duit syiling.
Cara bagaimana duit kertas dihasilkan. Merasa juga pengalaman membuat duit kertas. Hihihi
Cara bagaimana mengenalpasti duit palsu.
Sempat tinggalkan "kenangan" di Sasana Kijang.
Selepas itu, kami ke Sasana Kijang Cafe yang terletak berhampiran disitu. Ya Allah, sedapnya coklat panas dan roti yang dijual di cafe tersebut.
Jangan lupa rasa keenakan makanan di cafe tersebut.
Alhamdulillah, projek homeschool Kak Ida kali ini berjaya dengan jayanya. Kak Ida tidak ke galeri-galeri lain kerana tidak berapa sesuai dengan usia anak-anak Kak Ida.
Namun begitu, Kak Ida sangat recommended jika pergi di sini.
Jumpa lagi next entry. Tata
Subscribe to:
Posts (Atom)
Hubungi Kami
Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my