Alhamdulillah, baca kisah ulangtahun perkahwinan sahabat manis, sejujurnya rezeki perkahwinan selepas berkahwin itu memang lain!
Setakat ini, sudah 8 tahun kami berkahwin tak pernah sehari pun tak makan! Ada sahaja rezeki walaupun nasi bercurahkan telur kicap.
Anak tetap berderet-deret juga! hik hik hik
Penambah penarik rezeki orang kata!
Perkahwinan salah satu cara pembuka rezeki! Walaupun agak sukar pada permulaannya. Insya-Allah.
Percaya dengan rezeki yang Allah sudah aturkan. Yang penting berusaha. Minta pasangan mendoakan rezeki kita sentiasa murah dan diberkati!
TETAPI,
Bab nak cari 'induk' lain, saya NO KOMEN!
Ok?