Sunday, November 20, 2011

Seminar Cilik CP I 2011

Seminar Cilik CP I 2011 (Quality of care) yang bertempat di Monash University, Johor Bahru.



  


Denver Chart

Friday, May 20, 2011

Homeschool | Aktiviti conteng

Aisyah ketika berumur dua tahun sudah gemar menconteng.

Ya, pada dasarnya, Kak Ida sendiri tidak memahami pun apa yang diconteng. Hihihi.

Cuma, Kak Ida suka beri kebebasan pada Aisyah untuk memegang pensel.




Kebaikan menconteng

Menconteng merupakan satu aktiviti yang penting dan merupakan aktiviti kegemaran bagi kanak-kanak terutama yang berumur 1-3 tahun. Anak-anak akan mengimpretasikan imaginasi mereka terutama di dinding rumah sebagai kanvas.

Ibubapa perlu sedar bahawa menconteng merupakan salah satu aktiviti yang penting bagi perkembangan mereka selari dengan umur anak-anak.

Melalui aktiviti menconteng, anak-anak akan dapat:-
  • Meningkatkan kemahiran motor halus (fine motor control) semasa memegang alat tulis seperti pen, pensel atau krayon. Kemahiran motor halus ini penting untuk kemahiran seterusnya yang melibatkan aktiviti harian lain seperti memberus gigi dan lain-lain lagi.
  • Memperoleh rasa kebebasan dan kuasa ke atas diri mereka sendiri. Membiarkan mereka menconteng pada kertas tanpa arahan atau kongkongan dapat memberikan mereka rasa kebebasan dalam berfikir serta mencipta sesuatu yang diluahkan melalui contengan. Ini akan menggalakkan independent thinking yang mana anak-anak berasa tidak terkongkong dalam pemikiran dan tidak takut dalam membuat keputusan dan mencipta sesuatu yang lahir dari kotak pemikiran mereka.
  • Mengenal huruf dari awal. Garisan contengan yang dibuat meransang otak mereka untuk mengenal bentuk dan seterusnya huruf.
  • Meluahkan perasaan mereka. Melalui aktiviti menconteng, anak-anak dapat meluahkan perasaan mereka sama ada melukis perkara atau objek yang disukai atau salah satu cara untuk memberitahu perasaan mereka pada ibubapa.
Tips menggalakkan anak-anak menconteng
  • Sediakan persekitaran yang sesuai untuk menconteng seperti di atas lantai atau meja.
  • Beri sumber kepada mereka seperti kertas kosong, kotak atau sampul surat yang tidak digunakan lagi. Asalkan anak-anak dapat menconteng.
  • Beri alat tulis yang sesuai dengan umur dan selamat untuk anak-anak. 
  • Elakkan memberi arahan, mengongkong gaya contengan atau banyak bertanya makna contengan mereka. Biarkan mereka menconteng walaupun hasil contengan adalah "cakar ayam" yang kelihatan tidak bermakna. Proses contengan adalah lebih penting daripada hasil contengan.
  • Beri respon apabila diperlukan. Sebagai contoh, apabila anak bertanya, "cantik tak?". Beri pujian atau tanya soalan yang menunjukkan kita minat terhadap lukisannya seperti apa yang diconteng, warna apa yang digunakan dan lain-lain lagi.
  • Galakkan juga penggunaan peralatan lain selain alat tulis untuk menconteng seperti span, kayu, lidi dan sebagainya. Meconteng pasir di pantai dengan menggunakan ranting juga merupakan salah satu cara untuk menggalakkan pemikiran kreatif anak-anak agar lebih berkembang.
Kesimpulannya, biarkan anak-anak anda menconteng dan jangan disekat aktiviti "wajib" seiring perkembangan umur mereka ini. Memberi anak-anak ruang, persekitaran, sumber dan peralatan dapat mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti contengan pada dinding rumah atau gincu bibir dilukis pada peti sejuk (ini berdasarkan pengalaman atas kecuaian sendiri).

Sumber: https://goo.gl/KLkV9c

Thursday, May 19, 2011

Tuesday, May 10, 2011

Homeschool | Koyak dan tampal

Aktiviti kedua Aisyah adalah aktiviti gam dan gunting.

Kak Ida kongsikan kebaikan dan kelebihan yang diperolehi untuk anak-anak yang gemar mengoyak kertas.

Mengenal tekstur
Pilih pelbagai jenis kertas untuk dijadikan mainan, mulakan dari kertas tisu yang tipis dan lembut, kertas buku, kertas kad, hingga kertas kotak kasut yang susah dikoyak kerana tebal dan liat. Bandingkan juga bunyi kertas-kertas tersebut ketika dikoyak dengan cara dekatkan ke telinga anak ketika mengoyaknya.

Meningkatkan daya tumpuan
Minta anak yang mengoyakkan kertas. Kemudian dari kertas yang sudah terpotong-potong itu, minta dia mengoyaknya lagi sehingga kecil. Berapa lama si kecil perlukan masa untuk mengoyakkan kertas itu. Kemudian tambahkan lagi jumlah kertasnya, semakin banyak kertas yang dia koyakkan menjadi serpihan kecil, semakin tinggi daya tumpuannya.

Mengenal warna
Sediakan kertas berwarna-warni. Setelah itu, siapkan kertas kosong berwarna putih. Letakkan sedikit gam pada kertas warna-warni yang dikoyakkan, lalu suruh anak tampal di atas kertas putih. Anda boleh saja biarkan dia tampal sendiri atau anda membantu anak untuk menampalnya mengikut susunan seperti warna pelangi. Aktiviti ini sesuai untuk anak yang sudah pandai berjalan dan duduk diam. Di sini dia belajar mengenal warna.

Belajar saiz dan bentuk
Ketika si kecil asyik mengoyak kertas, dia mungkin tidak tahu saiz koyakan kertas tersebut. Anda boleh membantunya belajar mengenal tentang saiz dan bentuk. Campurkan pelbagai saiz dan bentuk potongan kertas tersebut, kemudian ajak anak memisahkan potongan yang besar dengan yang kecil.

Membuat kolaj
Kumpulkan kertas bekas dengan pelbagai warna, motif, dan tekstur. Ajak anak mengoyaknya menjadi potongan-potongan kecil. Kemudian ambil sehelai kertas dan buatlah gambar, misalnya buah atau bunga. Sapukan gam pada gambar tersebut dan minta anak tampalkan potongan kertas pada permukaan gambar tersebut.







Sumber: https://goo.gl/mD1ovx

Homeschool | Aktiviti cop tangan

Kali ini, Homeschool Aisyah adalah membuat aktiviti cop tangan.



Friday, April 8, 2011

PUSPANITA JUPEM Johor | Galeri MBJB

Kak Ida ada terbaca Galeri MBJB di suratkhabar yang telah dibuka untuk orang awam. Galeri MBJB ini menempatkan maklumat untuk menarik minat pelancong di dalam dan luar negara.


Galeri MBJB ini terletak di Bangunan JOTIC, Johor Bahru.



Galeri MBJB ini telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Encik Hoo Seong Chang.

Di Galeri ini ada menempatkan enam bahagian iaitu Sejarah Johor Bahru, MBJB Pihak Berkuasa Tempatan Anda, Keunikan dan Keistimewaan, Johor Bahru Dulu dan Kini, Bandar Raya Permata Selatan dan kaunter Johor Bahru Visitor Centre.



Tayangan video berkaitan tempat pelancongan turut diadakan di ruangan Galeri MBJB.


Perkembangan Majlis Bandaraya Johor Bahru.










Warisan bersejarah Johor Bahru.








 


Datuk Bandar Johor Bahru.







Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my